Friday, December 12, 2014

10 PERKARA ANAK PEREMPUAN ANDA PATUT TAHU APABILA DIA BERUSIA 10 TAHUN


Memiliki anak perempuan pasti berbeza dengan anak lelaki. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai hanya seorang anak perempuan sahaja. Bagi kaum ibu, anak perempuan lebih dekat dengan mereka. Anak perempuan ini bagaikan cermin bagi diri mereka. Pasti boleh berkongsi minat yang sama, bakat yang sama dan pendapat yang sama. Bagai kawan baik!

Artikel ini akan berkongsi 10 perkara yang patut anak perempuan anda tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun. Penting bagi ibu bapa mengetahui perkara ini kerana bak kata pepatah, “pelajaran terbaik bermula dari rumah”.

10 perkara patut anak perempuan tahu sebaik sahaja mereka berusia 10 tahun

1. Betapa anda menyayanginya

Tidak kira sebanyak mana anda berselisih pendapat dengannya, segarang manakah anda atau sesibuk mana pun, pastikan dia tahu, dia adalah insan yang terpenting bagi anda.

2. Bagaimana untuk memasak

Lumrah perempuan, perempuan sepatutnya tahu memasak walau jenis masakan yang terpaling mudah. Mudah untuk persediaan apabila dewasa. Sebaik sahaja berumur 10 tahun, anak perempuan anda sepatutnya sudah pandai menyediakan makanan yang mudah seperti roti bakar, telur dan sandwich. 


Teringat sewaktu kecil, ibu saya sering membenarkan saya bermain dengan lebihan bahan masakannya. Saya akan berangan bagai sedang memasak. Lama kelamaan, menjelang 10 tahun, alhamdulillah saya sudah pandai menggoreng sayur yang mudah. Waktu itu, seronok sangat perasaan. Bagaikan saya sudah mampu menggalas tanggungjawab yang besar.

3. Perubahan tubuh badan dan apa patut mereka tahu

 
Perubahan fizikal anak perempuan masih menjadi taboo dalam masyarakat kita. Kebanyakan ibu bapa segan untuk mendedahkan anak perempuan mereka berkenaan isu ini dan berharapkan guru di sekolah. Lebih baik sekiranya ibu bapa menjelaskan sendiri perkara ini berbanding mereka mendapat tahu sendiri dari kawan-kawan. Dikhuatiri, maklumat yang mereka peroleh sendiri adalah salah dan bersifat negatif. Dedahkan pada anak perempuan anda, satu hari nanti, mereka akan datang haid. 


Waktu itu menandakan mereka sudah dewasa. Saya sendiri semasa kali pertama didatangi haid, berasa takut dan terkejut. Saya yakin, sekiranya saya diberi pendedahan lebih awal, saya akan lebih mudah menerima dan mengawal situasi tersebut. Dedahkan pada anak perempuan anda akan perubahan fizikal yang akan berlaku dan ingatkan pada dia jangan benarkan sesiapa menyentuh tubuh badannya walaupun ahli keluarga lain.

4. Batas-batas agama

 
Ramai ibu bapa percaya, agama biarlah anak-anak belajar disekolah. Sedangkan, seelok-eloknya, ibu bapa sendiri mendidik anak perempuan mereka akan batas-batas agama. Ibu bapa perlu menitikberatkan isu solat, aurat dan batas-batas pergaulan. 


Tekankan pada pada anak perempuan anda, tengtang betapa pentingnya menjaga nilai agama. Saya percaya, dengan teguhnya ajaran Islam dan iman sejak kecil, anak perempuan anda akan lebih pandai menjaga diri di luar nanti. Beliau akan lebih pandai membezakan mana yang baik, dan mana yang buruk. 

KIta pasti tidak mahu anak perempuan kita menjadi seperti orang lain yang hanya Islam pada nama. Mereka lahir dalam Islam, tetapi nilai Islam tidak diketahui akibat kecuaian ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya. Namun begitu, kita perlu ingat, jangan hanya sekadar mendidik, kita juga harus menjadi contoh yang baik pada mereka. Barulah lebih mudah untuk mereka ikuti. Saya percaya, anak merupakan cermin pada diri kita.

5. Hakikat kehidupan

Usia 10 tahun sudah cukup untuk mereka mengetahui hakikat sebenar kehidupan. Tidak perlu isu yang berat dan terperinci. Cukuplah sekadar yang dapat mereka fahami. Sebagai contoh, isu Palestin di Gaza. Saya berpendapat, anak-anak tidak seharusnya diabaikan untuk memahami isu ini hanya kerana mereka dianggap masih muda. Jelaskan apa sebenarnya yang berlaku, dan berikan mereka ruang untuk menyatakan pendapat mereka berkenaan isu ini.

6. Tidak semua bernasib baik sepertinya

Anak perempuan anda patut tahu bahawa tidak semua orang bernasib baik sepertinya. Tidak semua rakan sebaya dengannya pernah merasa makan malam di restoran. Tidak semua rakan sebayanya mempunyai baju sekolah hampir 3 pasang. Tidak semua orang mempunyai anggota badan yang cukup sepertinya. 


Galakkan mereka bersedekah walaupun 20 sen sama ada di masjid, surau, tabung kemanusian atau dimana sahaja. Teringat zaman kanak-kanak dahulu, saya sukakan cara ibu saya menggalakkan kami bersedekah. Apabila ke masjid atau pasar, beliau akan memberikan saya wang untuk dimasukkan ke dalam tabung tersebut sambil menjelaskan kebaikan menderma. Lama kelamaan, saya sendiri terdorong untuk meletakkan sedikit dari wang perbelanjaan sekolah saya. 

Kepuasan kerana dapat menderma dengan wang sendiri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Latih anak anda bersifat sering ingin membantu walaupun rakan sebaya mereka dalam kesusahan. Sesekali di hujung minggu, bawa anak perempuan anda ke rumah anak yatim, rumah orang tua atau zoo untuk menjadi sukarelawan. Selain dapat menghabiskan masa berkualiti bersamanya, anak anda akan memperoleh pengalaman baru sekaligus memupuk sifat suka membantu dalam diri mereka. 

Mulakan dengan perbuatan kecil pun tidak mengapa. Sebagai contoh, setiap kali lepas makan di restoran, cuba untuk mengemas serba sedikit agar memudahkan pelayan restoran mengangkatnya nanti. Jika kita lakukannya, pasti anak-anak akan turut mengikut. Ingatkan pada anak-anak “sekiranya kita sering membantu atau memudahkan urusan orang lain, inshaAllah di masa hadapan Allah akan membantu dan memudahkan urusan kita melalui orang lain”. Ingat, pelayan restoran juga adalah manusia. Jadi tidak ada salahnya kita boleh meringankan beban mereka.

Daripada Mus’ab bin Abu Waqas r.a katanya: “Saad merasakan dirinya mempunyai kelebihan daripada orang lain”. Maka Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Kamu tidak ditolong dan diberi rezeki melainkan dengan (sebab) adanya orang yang lemah (dikalangan kamu).” – hadith riwayat Bukhari 

7. Setiap kemahuan harus diiringi dengan usaha

Akhir-akhir ini, saya dapati anak-anak sering dilimpahi dengan pelbagai kemewahan. Umur masih belum genap setahun, tetapi masing-masing mempunyai ipad tersendiri. Mewah. Apa sahaja yang diminta, pasti akan dipenuhi ibu bapa. Bukan kesalahan sebenarnya, memenuhi permintaan anak. Kita sebagai ibu bapa, pasti mahukan yang terbaik buat mereka. 


Kita pasti mahukan mereka menikmati perkara yang tidak mampu kita perolehi dulu. Tidak salah. Tetapi secara peribadi saya berpendapat, anak-anak perlu dijelaskan bahawa bukan mudah untuk mencari rezeki. Didik anak-anak untuk menabung sejak kecil demi membeli barang yang mereka mahu. Apabila wang belanja sekolah diberi, galakkan mereka menyimpan sebahagian dari wang tersebut untuk masa hadapan. 

Selain itu, hadiahkan barang impian mereka, hanya apabila mereka berjaya mencapai pencapaian tertentu. Sebagai contoh, hadiahkan basikal apabila mereka berjaya khatam 30 juzuk al-Quran, atau apabila memperoleh No 1 dalam pelajaran. Dengan cara ini, anak-anak akan lebih kuat berusaha. Jadikan mereka rasa bahawa setiap usaha mereka berbaloi dan membanggakan kita.

8. Penampilan adalah penting


Dia seharusnya tahu berkenaan bagaimana untuk menjaga penampilan dan pakaian yang sesuai untuk majlis atau acara tertentu. Sewaktu kecil, saya sering dipengaruhi dengan gaya dan penampilan abang-abang saya. Saya sering memberontak setiap kali dipakaikan baju kurung, kerana hati kecil saya terasa mahu memakai seluar dan t-shirt seperti abang-abang saya. 


Namun setelah dinasihatkan dengan lemah lembut oleh ibu saya, lama kelamaan saya boleh menerima bahawa saya tidak sesuai berpakaian seperti mereka. Berbincang dengan lemah lembut dan bertolak ansur dengan anak perempuan anda pasti boleh membuatkan mereka mudah menerimanya. Jangan dipaksa! Hati mereka akan mudah tersentuh dan mereka akan lebih terdorong untuk memberontak.

9. Pengaruh rakan sebaya

Lumrah perempuan, pasti akan ada banyak disertai drama. Beritahu anak perempuan anda supaya menjauhi kumpulan yang sibuk bercerita berkenaan orang lain, kerana mereka pasti akan bercakap mengenai dia juga. Pupuk sifat yakin pada diri dan tegas dengan pendirian beliau. Dengan cara ini, anak perempuan anda tidak akan mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya. 


Seawal sekolah dahulu, saya sendiri mempunyai kawan yang gemar mengajak saya ponteng sekolah dan merokok! Sekiranya anak perempuan kita tidak tegas pendirian, dia pasti akan mudah mengikut ajakan rakan. Jangan terlupa, anak-anak penuh dengan sifat ingin tahu. Tidak mustahil mereka akan mudah terpengaruh hanya kerana sifat ingin tahu yang kuat. Didik anak perempuan anda supaya berani untuk melaporkan salah laku atau kes buli yang extreme berlaku disekelilingnya.

10. Hidup, bukanlah mudah

Anak perempuan anda perlu tahu, akan banyak cabaran yang perlu dia hadapi semakin dia menginjak dewasa. Ada anak perempuan, yang kelihatan tidak sabar untuk menjadi dewasa. Sedangkan jauh sekali merek ketahui, hidup ini tidaklah seindah yang disangka. Hidup ini bagaikan roda, kadang kala kita berada di atas, dan kadang kala kita berada di bawah. 


Didik mereka supaya sering bersyukur, dan menghargai nikmat yang ada disekelilingnya sekarang – kerana kita tidak tahu, selama manakah Allah meminjamkan nikmat tersebut pada kita. Pastikan mereka tahu, mereka harus sentiasa bersedia dengan dugaan yang bakal ditempuh, kerana dugaan tersebut datangnya kerana kasihnya Allah pada diri kita.

Mengetahui 10 perkara ini membolehkan anak perempuan anda memulakan zaman awal remaja dengan permulaan yang baik. Dengan keadaan zaman serba moden ini, anak-anak perempuan berada di luar rumah walau seketika pun mampu membuatkan ibu bapa berasa risau dan susah hati. Kerana kita sebagai ibu bapa pun tahu betapa bahayanya di luar sana. 


Tetapi tidak realisitik sekiranya kita mahu mengongkong dan menyekat kebebasan mereka setiap masa kerana ini akan membuatkan mereka lebih memberontak. Oleh itu, persiapkan anak anda dengan ilmu dan pengetahuan secukupnya. Selepas tanggungjawab kita tertunai, inshaAllah yang selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk menjaga mereka.

Semoga bermanfaat. Wassalam

[Sumber: bidadari.my]

Friday, November 28, 2014

Membantu Anak Untuk Menjadi Ceria dan Positif


Beberapa idea yang boleh kita cuba praktikkan untuk membantu anak-anak ceria dan positif.

1. BERSYUKUR . Salah satu cara yang baik dan mudah untuk mendidik anak-anak supaya pemikiran mereka menjadi lebih positif adalah dengan mengamalkan kesyukuran . Setiap hari, minta anak-anak kita menyatakan 3 perkara yang mereka bersyukur kerana memilikinya. Pilih masa yang konsisten untuk berkongsi kesyukuran itu di antara satu sama lain (selepas solat maghrib sementara menanti masuk waktu ‘Isya misalnya) dan ulangi selama 21 hari sehingga menjadi satu tabiat . Do’a sebelum tidur juga boleh dijadikan ritual untuk menyatakan kesyukuran. Kajian menunjukkan bahawa ritual yang mudah ini mampu membantu otak mengimbas sesuatu kebaikan dan membantu mengukuhkan kenangan yang baik dan positif dari masa ke masa .

2. SENYUMAN. Senyuman yang terukir di bibir mempunyai keajaiban untuk meningkatkan mood dan pandangan kita. Apabila kita melihat seseorang itu tersenyum, neuron dalam otak kita menerima isyarat mesra dan memberitahu otak kita untuk membalas kembali senyuman tersebut. Aksi ini akan menyebarkan kegembiraan di persekitaran kita. Latih anak-anak supaya mudah tersenyum dengan sentiasa memberikan senyuman kepada kepada mereka terlebih dahulu.

3. JURNAL. Galakkan anak-anak untuk mengambil sekurang-kurangnya dua minit setiap hari untuk menulis pengalaman positif yang mereka lalui pada hari tersebut. Otak kita tidak boleh membuat perbezaan antara visualisasi dengan pengalaman sebenar, justeru dengan menulis jurnal tentang pengalaman positif yang dilalui memberi kesan positif dua kali ganda.

4. BERMAIN. Menetapkan sekurang-kurangnya 15 minit sehari untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama-sama seperti bermain badminton, berbasikal bersama-sama, bermain sorok-sorok dan sebagainya. Tabiat yang menyeronokkan selama 15 minit ini bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal tetapi juga baik untuk mengurangkan risiko menghadapi tekanan dan kemurungan. [Ibubapacermerlang]


Saturday, October 11, 2014

TUNANG AWAL – ANTARA LANGKAH MENGELAKKAN GEJALA REMAJA GEDIK



TUNANG AWAL – ANTARA LANGKAH MENGELAKKAN GEJALA REMAJA GEDIK

Bersempena dengan majlis qurban dan aqiqah di hari raya Eidul Adha kelmarin, RPWP mengambil peluang untuk mengadakan majlis pertunangan 8 pasang anak-anak kami secara tertutup. Ini adalah kumpulan kedua yang kami tunangkan pada usia awal untuk menstabilkan ‘emosi remaja’ mereka dalam urusan menentukan pasangan.


Hari ini anak-anak terdedah dengan pelbagai pancaroba dan gejala yang menyebabkan terbitnya keinginan mereka terhadap hubungan kelamin pada usia yang sangat awal. Dapatan dari pengalaman dan kajian kami menunjukkan gejala ini mula berlaku samada secara suka maupun paksa seawal usia 5-6 tahun, iaitu ketika mereka belum akil baligh lagi. Kerana itu mereka mengamalkannya tanpa risiko hamil dan tanpa pengetahuan ibu bapa.

Sebaik sahaja mereka mencapai tahap puberty, aktiviti ini dengan segera dikesan melalui kehamilan tanpa persediaan. Lalu berlakulah gejala buang bayi, pengguguran haram dan sebagainya. Bukan itu sahaja, remaja ini malah terdedah kepada masalah gila seks, sehingga wujud rasa ketidakpuasan dalam hubungan seks normal kerana terlalu rancaknya amalan seks bebas sejak kecil lagi.

Pengalaman kami menunjukkan ada nafsu gadis seumur 15 tahun yang hanya mampu dipenuhi nafsunya dengan 8-10 lelaki dalam satu malam. Tanpanya, dia terpaksa memuaskan nafsu dengan cara onani yang luar tabi’e. tidak lagi onani dengan jari, tetapi dengan tangkai gayung dan memakan masa lebih sejam untuk memuaskan nafsunya di bilik air untuk ber’onani.

Tanpa kawalan, gejala ini pasti akan memusnahkan generasi. Anak gadis hanya memikirkan seks semata-mata sehingga akhlaknya menjadi amat rosak dan tiada yang sudi mengambil sebagai isteri. Jika sempat berkahwin juga akan menjadikan ia seorang yang gila seks, tidak puas dengan seorang suami bahkan sering berakhir dengan perceraian.

MUNAKAHAT - SUNNAH NABI S.A.W. DAN ADAT ORANG LAMA

Pernikahan Rasulullah SAW dengan Aishah r.a. yang masih dikatakan kanak-kanak itu berlaku setelah baginda mendapat wahyu. Islam masih terlalu awal dan belum sempurna lagi waktu itu. Tentunya pengaruh jahiliyah masih menebal dalam masyarakat Arab ketika itu.

Sunnah besarnya ialah perkahwinan berlaku di antara keluarga sahabat dan kerabat terdekat, yang saling memahami dan bertolak ansur. Di situ berlaku pernikahan di usia muda, nikah gantung (Khitbah), pertunangan yang dirahsiakan, dan pernikahan yang diisytiharkan serta dipermudahkan. Semua itu bertujuan untuk mengelakkan zina, memberi peluang kepada lelaki dan wanita menjadi ubudiah Allah yang fitrah, mengecapi bahagia bersama pasangan masing-masing, untuk merapatkan hubungan kekeluargaan dan juga untuk mengembangkan zuriat.

Dahulu nenek dan atuk kita berkahwin pada umur 12-15 tahun dan itu adalah normal. Hari ini, anak kita berkahwin umur 25 tahunpun sudah diejek "dah gatal sangat". Orang lama dahulu dinikahkan ibubapa dengan cara yang mudah dan maskahwin yang rendah. Perkahwinan amat terikat dengan keputusan keluarga dan menjadi agenda yang memperkuatkan tali kekeluargaan.

Orang dahulu lebih melihat kepada kerajinan kerjatangan bakal suami yang nak dijodohkan dengan anaknya. Jika muka selalu nampak dalam rewang, jika selalu turun tangan menggali kubur semasa kematian, jika sering kelihatan di barisan hadapan solat jemaah di masjid, selalu dengar dia bertakbir raya di masjid, berzanji juga sering berpeluh di kebun, maka itu sudah memadai untuk bapa si dara menerima pinangan Si Bujang. Tidak lancar bertahlil, membaca yasin, berzanji dan takbir raya juga bersilat adalah ukuran kerendahan nilai seorang teruna.

Selepas bernikah, orang dahulu tinggal bersama keluarga buat seketika dan kemudian pindah di rumah sendiri, samada rumahsewa atau membina sendiri secara berdikit-dikit. Boleh sahaja hidup tanpa perabot, duduk di lantai dan sekadar katil, tilam dan perkakasan memasak yang menjadi hadiah perkahwinan. Dari rumah kosong berdikit-dikit suami bekerja mencari nafkah, isteri berusaha menjimat-jimat penggunaan. Satu tahun 1 almari dapat dibeli, bekerja 2 tahun untuk simpanan membeli peti sejuk dan sebagainya.

TREND PERKAHWINAN ZAMAN INI

Hari ini ada ibubapa sendiri yang mahu melihat lelaki yang bakal menikahi anak gadis mereka sudah ada rumah, lengkap dengan perabot, mesin basuh, dapur dan lain-lain hiasan rumah, harus ada kerja tetap, sudah ada kereta dan sebagainya. Semangat kerjasama dan perkongsian sebagai suami isteri melalui pencarian secara berdikit-dikit seperti orang dahulu sudah kurang sekali. Kasih sayang berumahtangga juga semakin cepat meluntur.

Keruntuhan rumahtangga berkait rapat dengan isu kegagalan perlaksanaan RUKUN NIKAH secara aktual seperti yang telah kami kongsikan dalam bab munakahat yang lepas. Dalam isu hari ini, ingin kami kupaskan peranan WALI kerana dalam rekod kami, banyak perceraian berlaku juga kerana kegagalan FUNGSI WALI. Mereka hanya hadir semasa majlis akad nikah sahaja tetapi tidak berfungsi sepanjang pernikahan itu berjalan (perkahwinan).

Peranan wali ini sememangnya menikahkan anak gadis mereka. Ada lelaki yang menjadi pilihan mutlak wali dan dipersetujui oleh anak gadisnya. Namun pada hari ini ramai juga anak gadis pulang membawa calon suaminya untuk diperkenalkan pada ibubapa. Lebih sedih lagi bila ada anak gadis bawa calon suami dan ‘anak atau kandungan' hasil dari hubungan terlarang mereka sebelum pernikahan.

Hari ini kononnya teknologi dan zaman sudah berubah. Semua urusan perjodohan sudah dijalankan sendiri oleh anak. Mereka cari calon, bahkan ada anak yang menetapkan segala-galanya. Bapa hanya pasang badan jadi wali semasa nikah sahaja. Bila dah jadi begitu, jika sampah, tupai atau musang yang dibawa oleh anak, bapa terpaksa telan juga untuk dinikahkan dengan anaknya.

Kerana itu ada anak yang bawa pulang lelaki berlainan bangsa dan agama sebagai calun, bahkan datangnya pun sudah macam suami isteri lagaknya. Jika dihalang, anaknya pula lari dan tukar agama. Jika diteruskan, sebahagiannya (bukan semua) seperti boleh dijangka bakal dicerai atau dianiaya pula nanti. Inilah akibat menuruti keinginan anak yang terlalu mengikut nafsu kerana wali tidak memainkan peranan.

Tanggungjawab bapa menjodohkan anaknya. Memang nampak tradisional tetapi seorang bapa adalah lebih mengenali anaknya sendiri. Ibarat pemain bolasepak yang memerlukan perancang yang berdiri di tepi padang. Padahal setiap pemain adalah bertahap professional. Juga mengapa kita perlukan cermin jika kita kata kita mengenali diri sendiri? Itulah peranan Bapa atau Wali, menjadi cermin yang jujur untuk anak-anak mereka. Tiada bapa yang sengaja tergamak membuat keputusan untuk menganiaya anak mereka sendiri.

KETIDAKPASTIAN CALUN PASANGAN ANTARA PENYEBAB GEDIK

Masalah timbul apabila anak terpaksa mencari jodoh mereka sendiri. Bermulalah aktiviti "pemasaran dan lelongan peribadi” kerana risau tidak ada yang mahu. Sebaliknya di zaman dahulu, ibubapa yang melakukan kerja penjodohan itu. Sebab itulah acara kemasyarakatan menjadi landasan terbaik untuk bakal-bakal mertua mencari bakal-bakal menantu.

Pencarian mereka berdasarkan DUA PENILAIAN iaitu yang RAJIN BEKERJA dan yang BOLEH DIPERCAYAI. Itulah sunnah yang telah Nabi Syuib a.s. lakukan terhadap nabi Musa a.s. Maskahwin paling utama ialah kedua-dua ciri itu sahaja. Kemudian diikuti dengan tahap ilmu di dada dan tahap ketaatan calun menantu.

Wali yang benar-benar bertanggungjawab akan mengaturkan jodoh anak-anak dan tidak akan lepas tangan, tidak akan berundur sekalipun dikatakan kolot. Sedari anak kita kecil, harus beritahu mereka agar tidak perlu risau tentang jodoh kerana itu urusan walinya. InsyaAllah anak kita boleh fokus dengan urusan pelajaran atau kerja mereka. Tidaklah nanti mereka merewang untuk ‘memasarkan diri’ dan menggedik untuk mengisi ketidakpastian dalam hidup mereka.

Cuba bayangkan mengapa orang berebut-rebut di depan kedai tudung Fareeda? Itu kerana mereka merasakan tudung yang dijual dengan tawaran istimewa itu seakan tidak mencukupi jika mereka terlambat. Cuba jika semasa orang lain berebut itu, kita telah membuat tempahan awal dan telah diasingkan (reserved). Ketika itu kita hanya senyum melihat semua orang bercakaran dan bertumbuk untuk berebut tudung yang telah tersedia untuk kita kerana tempahan awal itu.

Itulah analogi PERTUNANGAN awal yang kami jalankan. Anak-anak RPWP ditunangkan mengikut pasangan yang mereka inginkan. Anak-anak lelaki kami didik agar memenuhi ciri lelaki yang berwibawa sebagai suami dan ayah. Anak nisak pula harus berusaha menampilkan potensi sebagai isteri dan ibu yang baik. Jika mereka telah menunjukkan minat, mereka akan sampaikan kepada kami dan kami akan lakukan penapisan lalu tanyakan kepada wali mereka (jika masih ada).

Buat masa ini, belum ada penolakan kerana anak-anak dididik untuk menerima dengan redha pengaturan dari wali mereka. Setelah semua pihak bersetuju, itulah ketetapan yang kami angkat menjadi satu PERTUNANGAN. Sarung cincin dan sebagainya hanya sekadar adat kita sahaja. ADAT NABI (sunnahnya) ialah merahsiakan pertunangan dan mengumumkan pernikahan.

Sebab itu anak-anak RPWP tidak ikut beratur dan berebut-rebut membuat pemasaran "body" untuk mencari calon suami yang mereka risau tidak cukup. Sebaliknya mereka tenang menutup aurat sepanjang masa demi menjaga hati pasangan dan bakal mertua. Sama seperti mereka yang tidak ikut berebut tudung Fareeda kerana telah membuat tempahan awal. Jika ditunggu sehingga anak dara kita habis Ph.D, Master ataupun ijazah baru nak dijodohkan, pada ketika itu mungkin ratusan zina telah berlaku.

KESIMPULAN

Untuk melariskan produk, kadangkala penjual sanggup izinkan pembeli "test drive" bagi meyakinkan mereka. Adakalanya pembeli tidak belipun kereta yang dipandu uji, tetapi membeli unit lain dari model yang sama. Oleh itu, sepanjang tempoh bertunang, anak-anak RPWP tidak langsung dibenarkan berdating, kecuali pertemuan dengan bersaksikan murobbi/ mahram. Tidak juga boleh berhubung secara langsung kecuali melalui walinya. Mereka bersuai kenal dalam keadaan terpantau dan berwali.

Kami memang kolot dengan mengaturkan jodoh anak kami. Tetapi kami tidak menghalang perkahwinan anak kami semasa mereka sangat memerlukan perkahwinan itu dari segi biologi, psikologi mahupun sosiologi. Pertunangan akan berakhir apabila kedua-dua pihak bersedia untuk berumahtangga sekalipun umur mereka masih muda lagi.

Biarpun mereka berkahwin muda, tetapi kami akan sentiasa membimbing mereka secara berjemaah, juga membantu menyelesaikan sebarang kebingungan mereka sepanjang melayari bahtera perkahwinan sehingga mereka berumur 40 tahun. (QS:46,Al Ahqaaf 15).

Air itu keperluan hidup dan sifatnya mengalir, jika dihalang ia tetap mencari ruang untuk keluar. Jika diempang ia akan naik dan sampai masanya jika tidak dilepaskan, ia akan memecahkan empangan itu lalu bertukar menjadi bencana KEPADA SEMUA. Begitulah juga nafsu dan ilmu yang juga bersifat seperti air. Ia tidak boleh dihalang tetapi boleh dialirkan.

Jangan biarkan air menguruskan alirannya sendiri. Sebagai wali, kitalah yang menguruskan aliran itu agar kebaikan itu tidak bertukar menjadi bencana. Permudahkan pernikahan dengan mahar yang sangat ‘bernilai’ walaupun tidak semestinya mahal.

Saidina Ali r.a. hanya memberikan mahar Al-Quran sahaja. Bukan naskahnya tetapi penguasaan ilmu Al-Quran itu sendiri, kerana ketika itu Al-Quran masih belum dimusyhafkan lagi. Ikuti juga sunnah Nabi Syuib a.s. yang hanya meminta lelaki yang rajin bekerja dan boleh dipercaya daripada nabi Musa a.s..

Aturkanlah perkahwinan walaupun ia nampak kolot. Kerana yang kolot itulah yang dilakukan oleh junjungan nabi-nabi dan orang-orang tua kita dahulu, dan ia telah terbukti memberikan hasil yang sejahtera.

Kudap munakahat,
WARGA PRIHATIN

Thursday, September 4, 2014

Bagaimana Mengelakkan Anak Menjadi Penakut, Dungu & Degil

KESILAPAN MENDIDIK ANAK KECIL MEMBUAT IBUBAPA MERANA SEUMUR HIDUP

Beberapa kejadian yang berlaku di hadapan kami pada sebilangan anak-anak tetamu agak menakutkan. Ada anak yang menjerit-jerit melawan ibubapanya sewaktu bertamu. Ada yang ‘tidak makan saman’. Walaupun ibu bapa sudah menjerkah mereka dengan nada suara yang amat tinggi, anak-anak tetap meneruskan perlakuan yang tidak diingini.

Ada yang membuka pintu-pintu bilik dan kenderaan sesuka hati, ada yang meramas buah yang disajikan, ada yang berlari kesana ke mari depan orang tua, ada yang memanjat kerusi meja dan sebagainya. Kami amat mengerti perasaan ibubapa itu kerana sebahagian kami juga pernah mengalaminya sebelum ini.

Dalam satu kes, ada anak berusia sekitar 6-7 tahun mengherdik bapanya dengan perkataan ‘bapak bodoh’. Apabila ibunya bangkit menengking sepantas kilat terbit kata-kata ‘emak babi’. Bapa saudaranya yang tidak tahan melihat kelakuan itu terus sekuatnya menghempuk kepala budak itu dengan telefon sampai membuatkan kami tercengang. MasyaAllah.. anak itu boleh mati dihentak.

PEDOMAN MENDIDIK ANAK DI AWAL USIA

Melihat kepatuhan ‘kebanyakan’ anak-anak RPWP (belum semuanya), ramai ibubapa bertanya apakah rahsianya sehingga anak-anak pelbagai peringkat umur seramai itu boleh dibentuk akhlaknya. Kami hanya mampu katakan kami cuba ikut apa sahaja pedoman dari alquran dan sunnah.

Antaranya, Alquran mengajarkan agar anak-anak diajar menggunakan pendengaran, pengelihatan dan hati. Ajar anak menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua. Allah haramkan seorang anak dari membantah ibubapa walau dalam apa jua bentuk, waimah berkata ‘ahhhh’ sekalipun. Bagi kami apabila anak tidak menyahut panggilan dengan pantas, atau menyahut dengan acuh tak acuh juga sudah dikira membantah. Apatah lagi jika dipanggil tidak datang, disuruh tidak mahu pergi. Itu semua termasuk dalam katagori berkata ‘ah’ bagi kami.

Antara contoh sunnah pula ialah pesan Nabi SAW agar kita ajar anak dari buaian hingga ke liang lahad. Maknanya, pendidikan anak harus bermula awal, sebelum mereka mumayyiz lagi. Jika kita lambat mengisi jiwanya, maka fahaman jahat (regime syaitan) akan cepat merasuk dan mengambil tempat. Kerana itulah kita disaran memperdengarkan seruan Allah yang diritualkan melalui azan oleh si ayah sebaik sahaja mereka lahir, diteruskan pula dengan alunan naluri tasbih, tahmid, tahlil dan selawat oleh ibu.

PENDIDIKAN DAN KASIH SAYANG - TANGGUNGJAWAB KHUSUS TERHADAP ANAK YATIM

Sebenarnya kebanyakan anak-anak yang diserahkan kepada kami juga membawa pelbagai kerosakan akhlak. Hakikatnya apabila kematian bapa, maka kebanyakan anak-anak yatim akan kehilangan pengatur atau murobbi walaupun sebahagian mereka mendapat cukup sara hidup.

Ada di kalangan anak yatim ini awalnya berkemampuan dan ada harta tinggalan ibubapa mereka. Sebahagiannya mendapat simpati masyarakat melalui sumbangan derma yang banyak, terutamanya apabila kematian ibubapa mereka itu agak sadis dan mendapat liputan meluas. Namun dek kerana tiada bimbingan, maka dengan sekelip mata harta tinggalan ibubapa atau sumbangan orang ramai itu sendiri telah membuatkan mereka semakin liar dan membuatkan mereka diherdik.

Itulah tanggungjawab khusus yang telah Allah wajibkan kepada semua yang mahu mengaku beragama dengan agama Allah. Kerana itu dalam surah al-Ma’un, Allah sebut tentang ‘membiarkan’ atau ‘mengherdik’ anak yatim. Bagi anak yatim yang terlantar atau miskin, maka tanggungjawab kita juga termasuk membantu mereka dalam soal makan minum.

Ironinya, kebanyakan dari masalah akhlak anak-anak ini jelas dapat kami kesan bermula dari awal, iaitu semasa ibubapa mereka masih hidup lagi. Kes yang kami sebut di atas tadi adalah salah satu daripadanya, iaitu kerosakan akhlak seawal itu dilihat di hadapan ayah ibu kandung mereka sendiri.

Antara bukti lain ialah apabila ditanyakan pada mereka bila mula merokok, mula meliwat atau sodomy, mula melihat video lucah, hisap dadah, minum arak, bergaduh dan sebagainya, maka ada anak seumur 9-12 tahun yang mengaku telah mula melakukannya sejak darjah satu. Padahal bapanya baru meninggal setahun lalu.

Ada yang mengaku pernah melakukannya bersama abang kandung, ada yang kata pernah melihat video lucah melalui telefon atau komputer bapanya, ada yang melihat sendiri bagaimana abangnya meniduri teman wanita ketika ibubapa tiada di rumah, bahkan melihat senggama ibubapanya, ada yang dipengaruhi rakan sekolah dan macam macam lagi.

Kerana perintah Allah itulah maka kami cuba sedaya upaya untuk memulihkan apa sahaja tahap kerosakan akhlak anak-anak ini seperti anak sendiri. Bukan sekadar menternak mereka. Selepas akhlak mereka terbentuk, barulah kami cari jalan untuk memajukan akademik mereka bersama pihak sekolah.

Namun begitu ada juga sebahagian yang terpaksa kami ambil alih sepenuhnya dari pihak sekolah. Ini kerana pihak sekolah ada banyak urusan untuk menangani anak-anak murid yang ramai sedangkan anak-anak yatim ini memerlukan perhatian khusus dan sepenuh masa untuk memulihkan semula akhlak mereka.

Untuk kes-kes berat, maka kami terpaksa tumpukan pada pemulihan akhlak. Kami persiapkan mereka dengan bidang pendidikan agama melalui pengajian tahfiz dan bidang iktisas di RPWP sahaja. Ini kerana kami tidak mahu mereka yang sudah tidak minat belajar ini menggunakan masa belajar di sekolah untuk berkeliaran. Ini akan menjadikan mereka semakin rosak bahkan boleh merosakkan orang lain di sekolah.

BILA GAGAL MENDIDIK DARI AWAL, KITA AKAN SIBUK MEMBAIK PULIH.


Kepada ibubapa yang bertanyakan tips untuk menghindari masalah kerosakan akhlak dari peringkat awal ini, ingin kami rujuk kepada sunnah rasulullah SAW seperti di atas. Kami gunakan fasa 7 yang berulang dengan menekankan pembangunan sahsiah anak-anak sahaja dahulu pada 7 tahun pertama.

Kami cuba bimbing mereka agar jadi mumayyiz dengan betul di peringkat awal. Ini kerana ramai anak-anak yang terbiar telah menjadi ‘mumayyiz’ dengan cara yang salah. Perkara buruk mereka anggap baik dan begitulah juga sebaliknya. Mereka banyak terdedah dan telah terlanjur ‘meniru’ contoh yang salah namun mereka rasakan itu ‘betul’.

Anak-anak kecil di bawah umur 7 tahun tidak terlalu kami tekankan dengan pembelajaran kalam, atau teks dalam bilik darjah. Kami banyakkan pembelajaran alam dengan melatih mereka menggunakan fungsi pendengaran, pengelihatan dan hati sepertimana arahan Allah dalam quran.

Antara kaedahnya ialah melalui latihan pergaulan dan tolong menolong. Kami campurkan mereka dengan rakan sebaya yang telah terbina sahsiahnya agar mereka dapat mengikuti contoh yang baik dan menerima ‘standard’ akhlak dari jemaah rakan sebaya mereka. Sementara itu kami jadikan rakan sebaya yang sudah agak baik akhlaknya untuk mendampingi dan mengapit mereka, melapurkan kepada kami beberapa kali sehari akan segala salah laku yang berlaku untuk kami kenalpasti dan perbaiki.

KESAN BUDAYA MENJERKAH DAN MENENGKING ANAK DI PERINGKAT AWAL

Budaya ini adalah antara kesilapan besar yang dapat kami kesan dari kajian dan pengalaman kami. Selain dari itu penerapan ‘rule and regulation, boundary and limitation’ juga amat penting. Ramai ibubapa membiarkan habit anak yang berkeliaran tanpa sebarang tegahan, tanpa menyediakan batas dan sempadan, tanpa menerangkan dengan bahasa mudah tentang pengatur dan aturan.

Lebih parah lagi apabila anak-anak ini melihat contoh buruk dari habit ibubapa dan keluarga sendiri serta manusia di sekitarnya. Mereka sering melihat ibubapa menjerkah dan menengking orang tua mereka, isteri menengking suami, kakak menengking abang dan sebagainya.

Di peringkat awal pembangunan sahsiah, kanak-kanak hidup dengan pengaruh semasa (live in moment). Mereka belajar dari apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar. Menumpukan kepada pembelajaran teks dan angka akan memakan masa mereka yang seharusnya digunakan untuk membentuk sahsiah di peringkat itu.

Apabila akhlak mereka terabai, maka kerosakan itu akan bertambah hari demi hari. Akhirnya ibubapa jadi kelamkabut untuk membentuk mereka. Ini menjadikan ibubapa kurang sabar dan meluat dengan perangai mereka.

Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan meninggikan suara atau menghukum mereka dengan ganas. Jika ibubapa masih boleh sabar, amah, pengasuh atau guru pula tidak mampu sabar. Maka banyaklah kes anak yang didera guru dan pengasuh sampai ramai yang maut atau cedera.

KESIMPULAN


Apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat. Dekatkanlah diri kita pada anak sejak ia lahir mengikut keperluan. Jangan kelek anak sepanjang masa ketika ia bayi kerana itu akan memanjakan mereka. Ajar bayi kita berdikari sejak awal. Tetapi harus letakkan mereka di jarak yang mampu kita pantau dengan mata dan telinga.

Ibu khususnya harus sensitif dengan tangisan anak. Jangan biarkan anak menangis lebih dari 10 saat tanpa telinga kita mengesannya. Sebelum anak itu pandai berkata-kata, tangisan itu adalah bahasa komunikasi mereka dengan kita. Jika dapat secepat itu kita layani panggilan mereka insyaAllah mereka tidak akan meninggikan nada tangisan mereka untuk seolah-olah menengking kita.

Demikian juga fungsi mata. Sentiasalah perhatikan gerak geri bayi kita. Jika ia merangkak atau berjalan ke tempat yang tidak dapat kita lihat, apatah lagi menuju ke tempat bahaya, maka segera tegah dan panggil mereka. Tunjuk bahasa badan atau memek muka tanda marah jika mereka enggan.

Jika akhlak anak sudah terbentuk, kemajuan akademik akan berjalan sendiri. Namun jangan pula biarkan mereka dipengaruhi dengan persekitaran yang buruk. Ibubapa juga jangan tengking menengking atau bergaduh depan anak. Sebaiknya jangan langsung diamalkan budaya itu sama sekali walaupun di belakang anak.

Para isteri harus tunjukkan budaya patuh dan redha pada suami depan anak-anak. Sesuai dengan sifat nisak, sentiasalah berkata lembut, berwajah manis dan banyakkan memohon maaf atau istighfar pada suami, khasnya jika suami anda jenis yang beriman dan matang.

Jika suami memang jenis ganas dan bersifat Fir’aun, banyakkan bersabar dan mengalah. Janganlah suka melayan berang suami. Matikan perbalahan dengan meninggalkan suami yang sedang berang dengan cara yang baik. Nasihati anak agar memaafkan bapa yang tidak berakhlak agar anak tidak meniru sifat itu. InsyaAllah anak anda akan tetap terbentuk dan ia bakal jadi penawar apabila besar kelak, sekalipun anda terpaksa bercerai dengan suami anda yang macam Firaun itu.

Jika terpaksa memarahi atau menghukum anak di bawah 7 tahun, jauhi nada tinggi. Banyakkan berbicara dengan bahasa yang mudah mereka faham untuk menerapkan sikap yang ingin kita bentuk. Cuba usahakan agar menghukum dengan wajar jika mereka buat salah. Jika perlu memperkenalkan rotan pun, lakukanlah dengan tenang dan senyum. Beri penjelasan mengenai kelakuan yang anda tidak suka.

Itu semua akan mengajar mereka untuk menjadi orang yang sensitif dan rasional. Ajar mereka berinteraksi penuh adab dengan kita dan sesama mereka. Banyakkan berbicara dengan anak, sekali sekala bergurau dan melawak bagi mengajar mereka keperluan untuk senyum, marah, suka dan duka dalam kehidupan. Bagi yang belum berkesempatan, link video berikut mungkin dapat memberikan sedikit gambaran.


Semuga bermanfaat. Selamat mencuba.

Tips parenting
WARGA PRIHATIN

Monday, September 1, 2014

10 PERKARA YANG MENINGGALKAN KESAN DALAM INGATAN ANAK-ANAK



10 PERKARA YANG MENINGGALKAN KESAN DALAM INGATAN ANAK-ANAK


Semestinya ada banyak kenangan zaman kanak-kanak yang tidak dapat kita lupakan. Lebih-lebih lagi apabila sudah dewasa, dan ibu bapa pun sudah menjangkau usia atau sudah pun meninggalkan kita, pasti banyak kenangan bersama mereka yang akan kita pegang sampai bila-bila. Kadang kala apabila teringat, pasti senyuman akan terukir dibibir kita. Bagaimana ibu membelai kita sewaktu tidur, bagaimana ayah sentiasa berada dibelakang kita menyokong tidak kira diwaktu jatuh dan bangunnya kita. Kesemuanya.

Ibu bapa perlu ingat, tiada ertinya anak-anak dilimpahkan dengan kemewahan, tanpa beserta limpahan kasih sayang. Mereka mungkin mendapat apa sahaja yang mereka mahukan, tetapi hakikatnya mereka memerlukan kasih sayang dan perhatian.

Biar bersederhana dalam harta benda, tetapi mewah dengan kasih sayang

Disini saya kongsikan perkara untuk mencipta kenangan indah kepada anak-anak yang takkan mereka lupakan sehingga dewasa.

1. MEMBACA

Perkara yang paling saya tak dapat lupakan adalah apabila emak saya sering meneman saya membaca buku. Sebelum saya pandai membaca, beliau membaca buku kepada saya hampir 2 – 3 kali setiap hari. Apabila saya sudah pandai mengeja perlahan-lahan, beliau akan berada disebelah mendengar, sambil memperbetulkan ejaan saya yang masih pelat diwaktu itu. Disebabkan itu, minat saya untuk membaca bercambah setiap hari.

Kita juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anak-anak. Sebagaimana kita menyimpannya sebagai kenangan yang manis, anak-anak juga pasti akan mengingatinya sehingga dewasa.

Jangan berkata “saya tiada masa!”. Andai anda mempunyai masa untuk menonton televisyen atau scroll updates di facebook, masakan anda tidak mempunyai masa untuk membaca bersama anak-anak.

Dengan membaca, anda boleh mengasah minda creativiti anak-anak. Cuba menyuruh anak-anak mereka jalan cerita baru, atau mengaitkan jalan cerita tersebut dengan keadaan realiti sekarang. Anda pasti akan terkesima dengan betapa kreatifnya minda anak-anak ini. Pasti menarik!

Tidak semestinya kita membacakan mereka cerita berbentuk fantasi semata-mata. Cerita Melayu kita juga kaya dengan ilmu dan pengajaran. Kisah-kisah Nabi juga tidak ketinggalan. Mengandungi banyak unsur dan manfaat. Selain dari memberi pengajaran pada anak-anak, kita juga banyak boleh muhasabah diri sendiri dan mengambil pengajaran dari kisah-kisah tersebut.

2. MENDENGAR

Dalam keadaan zaman sekarang, tidak hairan sekiranya kedua ibu bapa sibuk bekerja. Jadi apabila pulang dari pejabat, kita mesti mahu berehat dan memberi masa untuk diri sendiri.

Tetapi jangan sekali-kali kita lupa. Anak-anak memerlukan perhatian kita dan merindui kita tatkala kita sibuk di pejabat. Mereka mahu kita mendengar mereka bercerita kisah di sekolah, menunjukkan hasil karya mereka atau sekadar melayan soalan-soalan mereka.

Jangan sekali-kali berkata “nanti lah. nak tengok tv ni”.

Jadikanlah mereka berasa bahawa mereka adalah priority kita.

Kunci utama untuk mendengar adalah BERHENTI SEKETIKA.

Berhenti seketika membelek facebook di telefon bimbit. Berhenti seketika menonton bola. Berhenti seketika bermain game. Berhenti seketika apa sahaja yang kita sedang lakukan. Bukannya menyuruh anak-anak menunggu kita meluangkan masa untuk mereka.

Tak rugi tertinggal satu babak drama. Tak rugi menangguhkan mengejar high score game. Tak rugi tertinggal satu post facebook.

Paling merugikan adalah apabila anak-anak sudah mula merasakan, mereka tidak penting kepada kita.

Memetik tulisan Ustaz Hasrizal dalam bukunya Aku Terima Nikahnya. Anak-anak yang bermasalah, sebenarnya sering mahukan perhatian dari ibu bapa. Apabila mereka sering meragam, ibu bapa akan memberi perhatian yang cukup pada mereka. Jangan terkejut, memarah dan memukul pun dikira sebagai memberikan perhatian pada mereka. Mereka tidak kisah. Dibandingkan sekiranya mereka berkelakuan baik, ibu bapa akan membiarkan mereka bermain sendirian dan sibuk dengan hal masing-masing.

Jadi, luangkan masa untuk mendengar. Tidak kira betapa remehnya pada anda, ia sebenarnya sangat penting pada anak-anak.

3. MEMELUK


Hakikatnya, tidak kira dewasa atau kanak-kanak, kadang kala kita sangat memerlukan pelukan. Secara peribadi, saya merasakan pelukan itu meredakan ketegangan dan memberi ketenangan. Terasa dikasihi dan diambil berat – tanpa memerlukan kata-kata. Cukup sekadar dengan pelukan.

Begitu juga kepada anak-anak.

Pelukan menggambarkan kasih sayang kita padanya.
Pelukan menggambarkan kesediaan kita berada di sisinya waktu susah dan senang.
Pelukan menggambarkan perhatian kita pada mereka.
Pelukan menggambarkan perlindungan pada mereka.
Tidak kira anak yang masih belum pandai berbicara, atau anak yang sudah meningkat remaja, ketahuilah waktu yang mereka sangat memerlukan pelukan.

4. ADAKAN TRADISI KELUARGA

Saya teringat sewaktu kecil dahulu, hujung minggu adalah waktu masa dihabiskan di perpustakaan. Keluarga kami akan membawa kami ke perpustakaan yang berbeza setiap minggu. Seronok menyulusuri rak-rak buku mengambil mana-mana buku yang menarik. Pergi ke perpustakaan adalah bagaikan tradisi keluarga.

Selain pergi perpustakaan, ayah saya gemar membawa kami ke kedai haiwan terutamanya kedai ikan. Tak tahu kenapa. Seronok melihat ikan-ikan pelbagai jenis dan warna. Kalau nasib kami baik, berjaya la pujuk ayah belikan seekor kura-kura atau beberapa ekor ikan! Sama seperti perpustakaan, kami akan pergi ke kedai haiwan yang berbeza.

Boleh juga menjadikan movie night sebagai tradisi keluarga. Jadikan satu hari di hujung minggu yang anak-anak dibenarkan tidur lambat. Pasanglah apa-apa movie yang menjadi kegemaran keluarga. Buat popcorn, masak burger. Ciptakan suasana seolah-olah berada di panggung wayang. Bezanya, panggung wayang dirumah ada bantal dan tilam yang empuk. Pasti seronok!

5. MAKAN BERSAMA

Makan bersama, tidak kira sarapan atau makan malam. Secara peribadi saya rasakan, makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari boleh menguatkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Lebih-lebih lagi apabila anak-anak meningkat remaja, komunikasi antara mereka dan ibu bapa berkurang. Jadi apabila makan bersama, ibu bapa boleh meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk makan bersama, berbual, bertukar pendapat, bertanyakan pengalaman di sekolah, dan mengemas bersama.

6. ANAK KESAYANGAN

Tidak dinafikan, setiap ibu bapa takkan terlepas untuk lebih menyayangi salah seorang anak berbanding anak-anak lain. Saya faham kita tidak bermaksud untuk membeza-bezakan kasih sayang, tetapi ada antara anak yang lebih pandai mengambil hati berbanding anak yang lain.

Cuba kita mengubah tabiat dengan membuatkan setiap anak merasakan mereka adalah anak kesayangan ibu bapa mereka. Kita tak seharusnya memilih hanya salah seorang anak sahaja sebagai anak kesayangan. Kita seharusnya menjadikan semua anak adalah anak kesayangan. Jadikan mereka istimewa di mata kita, dengan karekter mereka yang tersendiri.

7. MERAIKAN

Setiap anak mempunyai karekter yang berlainan. Mereka berbeza antara adik beradik mereka. Pencapaian mereka juga pasti berbeza. Pasti ada yang lebih cemerlang dalam pelajaran berbanding adik beradik yang lain. Ada juga yang lebih petah berbicara berbanding yang lain. Pendek kata, setiap antara mereka mempunyai daya keupayaan dan bakat yang berbeza.

Namun begitu, setiap anak-anak berkongsi kualiti yang sama – mereka memerlukan untuk merasakan mereka berjaya. Tidak kira sejauh mana perbezaan tahap kejayaan tersebut, tetapi ibu bapa harus meraikan mereka secara adil. Sekiranya ada anak pandai membaca seawal 4 tahun dan diberikan hadiah sebuah basikal impian, anak seterusnya juga harus diberikan hadiah impian mereka walaupun mereka pandai membaca agak lewat berbanding abangnya. Hentikan membanding-banding antara anak. Keadaan ini akan membuatkan anak tersebut kurang keyakinan diri dan terasa tidak dihargai.

Marilah membuatkan anak-anak membesar dengan mengatakan “ibu bapa saya percaya pada saya, mereka merupakan penyokong utama saya dalam apa jua yang saya lakukan. Mereka sentiasa memberitahu saya bahawa mereka bangga dengan saya.”

8. BERMAIN!

 
Kanak-kanak memang dilahirkan mempunyai naluri suka bermain. Suasana persekitaran keluarga yang sering bermain berama bukan sekadar satu pilihan, tetapi patut di wajibkan. Cuba cari suatu aktiviti yang membolehkan setiap ahli keluarga enjoy. Board games, memanjat gunung, memancing, bermain kriket, membaca, menonton wayang, bermain boling atau apa saja aktiviti yang membolehkan masa yang dihabiskan berkualiti dan menyeronokkan. Anak-anak pasti membesar dengan mengatakan “kami sekeluarga gemar menghabiskan masa bersama. Kami bermain bersama dan berseronok bersama”.

9. MENGINGATI

Kehidupan anak-anak terbentuk dengan beberapa moment yang tampak kecil, tetapi indah. Kebanyakan moment tersebut terjadi daripada beberapa event atau peristiwa. Majlis penyampaian hadiah di sekolah, majlis hari jadi, perlawanan sukan, perdebatan pidato, persembahan dan banyak lagi. Moment tersebut sangat istimewa buat mereka – tetapi lebih bermakna apabila moment tersebut membuatkan mereka merasakan bahawa mereka insan yang sangat penting buat ibu bapa.

Apabila ibu bapa menjadi orang yang terpenting dalam moment tersebut, anak-anak akan rasa lebih dihargai. Apabila kita mengingati moment tersebut, kita menghadiri setiap kali majlis penyampaian hadiahnya di sekolah, tidak pernah terlepas menonton acara lumba larinya di sekolah, apabila kita mengambil gambar mereka dengan penuh bangga, melambai dengan penuh keterujaan, anak-anak tidak akan lupa sampai bila-bila.

10. MENYAYANGI


Terakhir tetapi paling utama, KASIH SAYANG. Kasih sayang merupakan perkara yang paling utama dalam suatu perhubungan keluarga. Tidak kira semarah mana kita padanya, sebenci mana sikap seseorang pada kita, asalkan kita mengasihinya, kita pasti tidak akan meninggalkan atau mengabaikannya. Apabila kita menyayangi anak-anak, kita membina karekter mereka, kita akan sentiasa berdoa semoga Tuhan memberikan apa sahaja yang terbaik buat mereka. Kita membuatkan mereka merasakan mereka adalah unik, memberi inspirasi kepada mereka untuk menemui minat dan bakat sebenar mereka, membimbing mereka, mengajar mereka dan paling penting, belajar dari mereka.

Kesimpulannya..

Kenangan bukanlah percuma, namun kosnya sedikit pun tidak melibatkan wang ringgit, tetapi masa. Semuanya bergantung kepada kita untuk bagaimana membuatkan setiap moment tersebut berharga. Setiap anak-anak layak untuk mendapat zaman kanak-kanak yang indah. Janganlah mensia-siakannya.

Semoga bermanfaat! Wassala.

Thursday, August 21, 2014

Perkongsian : Petua Untuk Mendapat Anak Soleh atau Solehah

1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

2. Hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan seks agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah s.a.w. telah mengajar kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami. Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” (Riwayat al-Bukhari)

3. Hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.

4. Seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan mempengaruhi bayinya nanti.

5. Hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah s.w.t. menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang.

6. Memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan manis didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur atau menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang soleh.

7. Memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.

8. Memberi pendidikan agama yang cukup.

9. Menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.

Silakan SHARE jika ianya bermanfaat buat anda Jua


www.mummyceria.blogspot.com

Saturday, August 9, 2014

Lelaki Yang Diharapkan Semua Wanita? Ini Pun Sudah Cukup..


Selalu wanita tanya soalan ini bagaimana untuk dikasihi suami. Tapi jarang lelaki tanya bagaimana untuk dikasihi isteri..

Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Nabi saw ialah orang paling baik terhadap isterinya..

Orang yang paling baik ialah orang yang paling terhadap keluarganya. Nabi saw orang paling baik terhadap keluarganya..

Orang yang paling dekat syurga dengan Nabi saw di syurga ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Lelaki yang diharapkan wanita bukanlah kita kena terlalu sempurna atau terlalu jiwang..tapi cukuplah buat mereka gembira jika suami mereka seorang yang

1) Mata yang memandang wajah ketika mereka bercakap. Mimik muka yang memahami suka duka dan pandangan terasa diri mereka disayangi. Nabi saw akan pusing semua badan bila bercakap dengan seseorang. Mengadap mereka sepenuhnya.

2) Sediakan telinga untuk mendengar dengan penuh perhatian tanpa potong cerita mereka sampai habis. Tiada orang lain tempat mereka mengadu dan bercerita lagi selain suami mereka. Wanita mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang suka mendengar. Nabi saw tidak akan alihkan telinga dari mendengar sehingga orang tu habis bercakap

3) Selalu membelai mereka. Pegang tangan ketika berjalan. Peluk ketika berjumpa.Picit-picit tangan dan kaki mereka kerana ucapan terima kasih menjaga anak-anak dan menguruskan rumah..

4) Rajin bantu mereka. Orang yang kita tak kenal masa di mana-mana, jika mereka bawa anak-anak atau banyak barang. Kita akan tekan lif dan jika barang jatuh kita tolong angkat barang mereka. Isteri kita buat macam-macam dan ada yang boleh tengok sahaja. Anak menangis, susukan anak, buat susu, rumah bersepah, kemas rumah, basuh tandas, siram bunga, pasang langsir, tempah langsir, basuh baju, jemur, angkat dan lipat baju. Masak, hidang makanan, mengemas dapur, meja makan, basuh pinggan, suapkan anak, buat air, anak bergaduh, anak nak main permainan, dengar anak bercerita..kita mudahkanlah mereka nanti Allah sayang kita. Nabi saw uruskan hal rumahtangga sendiri..

5) Beri hadiah dan kejutan sentiasa buat mereka sebagai ubat pengorbanan mereka. Hargai mereka. Nak cari seorang pekerja yang rajin dan boleh buat semua kerja sangat susah..isteri kita bukan pekerja kita. Mereka isteri, kekasih, kawan, teman, pembantu agama, hamba Allah, pelayan, orang gaji, pengurus rumahtangga, pengasuh....apalah salahnya kerana Allah kita gembirakan mereka. Kadang-kadang kita beri hadiah, kata-kata manis, senyuman sayang, air mata ikhlas,dan bawa mereka berjalan-jalan.
Nabi saw selalu berikan hadiah ..

6) Sediakan bahu bila mereka menangis.. biarkan mereka menangis. Biar mereka luahkan perasaan mereka. Jangan ceramah atau nasihat mereka dulu
Biar mereka menangis..

7) Suami yang memimpin tangannya dan anak-anak ke syurga. Mulakan dengan setiap malam hidupkan bacaan Al Quran dan bacaan hadis Nabi saw dalam rumah walaupun sekejap..

8) Menghargai ibubapa dan keluarganya. Buat baik pada mak ayahnya mak ayah kita. Kerana asbab doa dan korban mereka kita kenal isteri kita..

9) Sekali sekala ucapkan kata cinta dan sayang padanya. Nabi saw ajar supaya kita ucap jika kita sayang seseorang..

10) Saling doa mendoakan, solat malam bersama-sama, baca Al Quran sama-sama, belajar bersama-sama, keluar jalan Allah bersama-sama

Ya Allah berilah kekuatan pada diriku dan semua suami diluar sana dapat amalkan - ebit lew

Friday, August 8, 2014

Berkat Kesabaran Ibu dan Ayah


Berkat kesabaran ibu dan ayah..
 
Melihat seorang pemuda yang sangat kuat berdakwah semasa kami bersama dalam program dakwah dan amal masjid di akhir Ramadhan baru ni. Berebut-rebut untuk khidmat masak. Setiap kali program masjid kita gilirkan orang yang memasak. Dia ingin masak 2 hari berturut-turut sedangkan Bulan Ramadhan..

Jadi kami lelaki belajar memasak. Saya mula belajar memasak masa umur 12 tahun. Sebulan sekali mesti kena masak. Bertukar kawan memasak menyebabkan kami dapat belajar memasak disamping belajar iman dan agama bersama orang lama-lama. Tapi tidaklah potong bawang cantik dan kemas macam orang perempuan. Best keluar jalan Allah.

Pemuda tadi sangat kuat dan josh dalam dakwah. Dia baru berkahwin dengan seorang hafizah Al-Quran dulunya kakitangan saya..

Dia bangun malam menangis pada Allah. Dan menjadi ketua dalam jemaah saya. Suka bergurau tapi sangat tegas walaupun masih muda.
Saya tanya padanya memang baik ko ni dari kecil ni. Untung isteri kau. Mereka berdua sangat kuat berjuang untuk kerja dakwah.

Jawabnya, eh tidaklah. Dulu saya ni hyperaktif. Mak ayah memang stres. Sangat nakal. Tak reti duduk diam. Jatuh dan macam-macam. Bukan aktif biasa...

Hafizah Al-Quran isterinya juga orang baik. Orang keliling agak risau lambat kahwin. Tapi saya ucapkan tahniah padanya kerana dia benar-benar mendapat suami yang sangat baik dan istiqamah atas kerja dakwah ini. Juga berkat doa dan kesabaran dan kebaikannya Allah berikan yang terbaik buatnya...

Kadang-kadang kita tak faham dan marah anak melompat, terbang sana sini, nakal katanya. Malu rasa bila anak buat perangai kecil-kecil...berkat doa, dakwah, sabar akhirnya menjadi anak paling hebat bukan dikalangan adik beradik tetapi menjadi berlian permata dalam umat ini.

Kita marah anak-anak sibuk nak dukung, nak panjat, nak bercakap tak berhenti, esok akan tiba satu masa rumah kita sunyi jerrr...anak-anak semua dengan kawan kawan, belajar jauh-jauh dan akan hidup dengan keluarga masing-masing.....

Hafizah tadi dulu kecil-kecil boleh tahan nak jaganya.pun masa kecil-kecil ibunya sangat tegas sayang padanya.... Berkat doa mak ayah dan usaha dakwah tanpa henti. Allah temukan keduanya dan menjadi asbab hidayah..

Siapa tahu anak paling nakal rupanya Allah nak dia mendapat didikan dan doa dan tangisan dari ibubapanya sehingga dia dididik dengan sebaiknya.

Siapa tahu lambat kahwin rupanya Allah hadiahkan perkahwinan yang sebenarnya..

Siapa tahu lambat dapat anak rupanya bakal Daie besar....

Siapa sangka gagal dalam peperiksaan beberapa kali rupanya bakal jadi seseorang yang hebat

Siapa sangka setiap hari kena maki dan dihina dalam pekerjaan dan perniagaan rupa-rupanya, Allah nak dia jadi kuat dan bersyukur dan lebih menyayangi orang susah ketika dia senang nanti...

Itulah kasih sayang Allah kepada kita - ebit lew

Wednesday, August 6, 2014

AWAS!!! : Bahaya Smartphone Pada Anak - Anak


Apabila anak sulung saya menyuarakan kesedihannya kerana saya tidak membelikan beliau smartphone dan tidak membenarkan beliau menggunakan duit simpanannya bagi membeli sendiri, dengan alasan susah berhubung dan berbincang dengan rakan-rakan sebab semua menggunakan Whatsapp, saya kira beliau juga sudah cukup bersedia untuk saya jelaskan sebabnya.

Pada pandangan saya, ibu bapa yang memberi anak-anak smartphone pada usia 12 tahun, dengan kemudahan data, mereka telah mengambil langkah yang sangat salah.

Saya tanya anak saya tadi, “Yop rasa, kawan-kawan Yop, jika dalam telefon mereka keluar video perempuan telanjang, gambar lelaki perempuan telanjang, rasanya kawan-kawan Yop akan delete dan elak tengok, atau bagaimana?”

Anak saya tak boleh jawab.

Dan saya tanya lagi, jika dia sendiri adakah jiwanya cukup kuat untuk mengelak bahan lucah, judi atas talian, game atas talian, beliau menggelengkan kepala.





“Kalau Yop terjebak dengan benda-benda ni, Abi tak mampu tolong Yop sampai bila-bila. Yop akan berdosa setiap hari sampai dewasa, sampai mati. Abi tak nak Yop fikir Abi ni kolot, mengongkong, kedekut, I do this simply because I love you and I want to protect you”

Saya tidak berani mengaku yang saya ini techno savvy. Tetapi saya tidak buta teknologi. Saya mengendalikan website era pra blog semenjak 1997, menggunakan Palm VI seawal 1998 hingga ke era Samsung Galaxy S4 pada tahun 2013 dan iPad Air pada tahun 2014. Saya sentiasa mengikuti perkembangan ICT biar pun hanya bertaraf pengguna. Saya sentiasa pastikan diri saya pengguna celik. Bukan guna tetapi tidak sedar akan implikasi penggunaannya kepada fizikal, kognitif, emosi, sosial dan keberagamaan anak-anak kita. Saya berkongsi pesanan ini bukanlah sebagai ustaz cabuk pengguna telefon cap ayam.

Cukuplah dengan keterlanjuran kita membuka akaun Facebook untuk anak-anak sekolah rendah dengan menipu Zuckerberg akan tarikh lahir mereka. Ada sebab kanak-kanak di bawah usia 13 tahun dianggap belum wajar mempunyai akaun Facebook. Tetapi dengan memberi smartphone bersama peruntukan data, ibu bapa sesungguhnya menghantar anak-anak ke gigi NERAKA.

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu, dan ahli keluargamu daripada Neraka. Ia dikawal oleh para Malaikat yang amat ganas dan keras, malah tidak sama sekali mengingkari Allah berkenaan apa yang diperintahkan ke atas mereka melakukannya” [al-Tahrim 66: 6]

Ibu bapa yang mencucuh putung rokok ke tubuh anak dan seterika anak dengan seterika panas, kita kata mereka berhati binatang dan kejam. Tidak kejamkah ibu bapa yang memudahkan jalan anaknya dibakar api Neraka? Mendedahkan anak kepada ketagihan pornografi, games, kebusukan bahasa dan kecelaan akhlaq? Keselamatan, penjenayah siber, pedophile ?

Jangan over confident wahai daddy and mommy. Seriously, have a mercy upon your kids but saving them from the Hellfire.

Harap penjelasan sambil makan sushi tadi membantu dan beliau boleh terima.

Di dalam catatan ini saya mahu menekankan tentang peer pressure. Jika ibu bapa faham sekali pun, anak-anak belum tentu faham. Mereka perlu difahamkan. Kepada ibu bapa yang sangat baik hati bagi anak umur 12 tahun smartphone sendiri, tolonglah fikir balik.

Baca buku Technopoly oleh Neil Postman.

Seriously!

(18397)

Sembang ABAH

Sunday, August 3, 2014

Kelebihan Amalan Bacaan Hadis Di Rumah


Perkongsian dari Ustaz Ebit Lew:

Seorang ayah mengadu mula risau anak-anak yang mula menipu, curi duit, tengok cerita lucah dan lain-lain. Bila tegur melawan dan bermasam muka sepanjang hari. Dia kata dia dah buat macam-macam dan beri pelbagai nasihat.

Saya cadangkan dia mulakan kumpulkan keluarga baca hadis di rumah selama 20 minit dan dakwah iman setiap hari di rumahnya. Saya kata peringkat awal mulakan dengan 10 minit dulu. Saya cadangkan kitab muntakhab hadis penuh hadis tentang kepentingan amalan dan nilainya bukan hukum hakam. Susunan Syeikh Saad al-khandahlawi dan kisah para sahabah oleh Maulana Zakariyya . Dalam itu ada banyak bahagian. Baca setiap bahagian.

Dia mulakan. Setelah seminggu istiqamah selepas setiap 9.30 malam sampai 10 malam. Anaknya yang berumur 15 tahun yang banyak masalah tadi mula berubah. Katanya sekarang anaknya suka dengar cerita sahabah.

Isterinya pun mula bangun tahajud. Anaknya ingin ikut beliau Subuh di masjid. Dalam beberapa minggu kesan begitu besar. Dia kata betullah, besar kesan baca hadis nilai dan kepentingan amalan.

Dengan hidup istiqamah setiap hari bacaan hadis, belajar dakwah, belajar ilmu dengan ulama mursyid, kasih sayang, berkorban untuk agama. Kita akan lihat kesan dan nikmatnya agama.

Kasihan anak-anak kita mereka kehilangan nur Al-Quran dan Hadis.Kita boleh kumpul keluarga makan sekali. Tidur sekali. Jalan sekali. Tapi tidak boleh untuk dengar perkataan Allah dan perkataan Nabi saw.

Allah nak mudahkan, berkatkan, beri bahagia, penyelesaian segalanya dengan amalan Islam dan dakwah ini. Tapi kita anggap ini semua beban. Kasihannya kita. Kita pilih untuk tidak bawa sunnah dan mula baca hadis dalam rumahtangga kita.

Jika tidak mulakan hari ini, bila lagi….Anak kecil diazankan, walaupun mereka tak faham. Itulah nur perkataan Allah dan Nur perkataan Nabi saw.

Kasihanlah diri,isteri dan anak-anak……istiqamahlah setiap hari baca hadis Nabi saw dalam rumahtangga kita..- ebit lew

Wednesday, July 23, 2014

6 Kebaikan Smartphone tetapi 16 Keburukan Smartphone



ENAM SEBAB BAGUSNYA BAGI SMARTPHONE KEPADA ANAK

Catatan: Posting ini panjang.
Tolong baca sampai habis kerana anda sayangkan anak anda kan ?

Istilah:
SP : Smartphone - ada kemudahan internet
HP : Handphone biasa - tiada kemudahan internet (sprt Nokia 3310)

KEBAIKAN SP 1: Mudah kalau berlaku kecemasan


Tetapi Mak-Ayah, zaman kita dulu tak ada handphone, tak timbul pula soal susah jika ada kecemasan. Kan Cikgu ada ! Apatah lagi yang penting anak tahu no tel mak-ayah. Kalau cemas berlambak orang sekeliling untuk minta tolong. In Sha Allah mereka tolong tak kira bangsa apa (kecuali mereka zombie).

OK Kalaupun hujah SP 1 tepat sekalipun : HP memadai, kenapa SP pula ?

KEBAIKAN SP 2 : Mudah hubungi sesama ibubapa-anak anak jika perlu
Betul. Betul. Betul.

(a) Tetapi cuba teka anak2 suka tak hubungi mak-ayah. Dalam 20 panggilan atau mesej agak-agak berapa kali dengan ibubapa dan berapa kali dengan orang lain. Tekaan saya dari 20 panggilan, 2 kali paling maksimum dgn mak-ayah dan 18 dengan orang lain. Jadi hujah SP2 sepatutnya berbunyi "Mudah anak nak hubungi orang lain". Siapa orang lain tu untuk apa ? Eheeem eheem
(b) Orang lain lagi senang hubungi anak kita. Contoh: Anak kita perempuan, Tkrn 2 dan ada rupa sikit dan mudah saja nak tahu nombor te;efon dia, banyak cara. Kini banyaklah "jantan". "casanova" dan "penyangak" yang anak kita tidak kenali tahu nombor telefon anak kita. Tak risau ke ?

OK Kalaupun hujah SP 1 tepat sekalipun : HP memadai, kenapa SP pula ?

KEBAIKAN SP 3 : Mudah anak hubungi Kawan/Cikgu tentang hal-hal pelajaran.
Betul. Logik, Menasabah. Cantik tu. Setuju sangatlah tu. Eloklah tu.
Tapi kenapa SP yang ada internet eh. HP pun memadaikan ? JADI ...

OK Kalaupun hujah SP 3 tepat sekalipun : HP memadai, kenapa SP pula ?

KEBAIKAN SP 4 : Kan semua pelajar ada telefon bimbit zaman sekarang.

Betul jugakan ! Orang depan rumah ada, belakang rumah ada, kiri-kanan rumah ada, malah di tingkat atas ada dan di tingkat bawah pun ada.
Hujah ikut orang amat-amat-amat-amat berbahaya. Kenapa ?
Ini hujah balasnya.
Anak perempaun anda Tktn 3 minta kebenaran anda bawa boyfriend datang bermalam dirumah hujung minggu ini atau dia pergi bermalam di rumah boyfriendnya. Anda tekejut besar (sampai nak terkencing !)
Dengan tegas anda berkata NO, NO, NO WAY !
Lalu dia berhujah:
"Tapi ayah kawan-kawan saya .... dia pun sebut nama satu persatu ... di rumah depan, rumah belakang, rumah sebelah kiri, kanan ... flat tingkat atas, tingkat bawah ... semua berbuat demikian. Ibu ayah mereka SEMUA izinkan.
Kan saya kata jangan guna hujjah "kan SEMUA orang bagi telefon kpd anak" Hujah yang sama digunakan oleh anak spr perkara si atas, kan terberak kita !

KEBAIKAN SP 5 : Hadiah peperiksaan ! Sebab tu dia rajin belajar sekarang.

Memang betul hujjah itu. Namun ia bersifat sementara saja kesannya.
Semasa Tahun 5 dan 6 dia pulun untuk skor UPSR demi nakkan telefon tertentu yang canggih. PERCAYALAH PERCAYALAH PERCAYALAH telefon yang sama yang membantunya cemerlang dalam UPSR telefon itu juga yang membawa pelbagai masalah kemudiannya. Masalah yang besar, besar, besar.
Jadi tak ada ke hadiah lain walaupun jauh lebih mahal.
Kalau anak bertegas nakkan SP ... bincang dengan dia ... dia ada agenda lain tu.

KEBAIKAN SP 6 : Zaman sekarang tak ada handphone nampak sangat kolot.

Buat apa anak MODEN, anak UP-TO-DATE kalau bagi 1,001 masalah kepada kita mak dan ayah ooi. Maksud saya masalah2 yang dikaitkan dengan adanya SP. ia termasuk mudah dapatan laman lucah (Wa la taghrabuz zina), mudah contact girlfriend-boyfriend (Maksudnya: Jangan menghampiri zina), mudah atur dating yang licik agar sukar dikesan mak ayah (Rujukan - Al-Isra 17:32).
Biar anak kolot : asalkan rajin belajar, asalkan boleh fokus kpd pelajaran, asalkan tak memeningkan kepala mak ayah, asalkan dengar cakap mak ayah, asalkan boleh masuk IPT awam terpilih (bukan IPT low class yang muat saki baki pelajar2 malas dan bermasmalah) ... biar anak kolot asal cukup solatnya.

6 Kebaikan telah kita perturunkan.
16 Keburukan pula nak kita kongsikan


1. SP banyak buang masa anak
2. SP banyak digunakan untuk merapu merapu merapu
3. SP memudahkan anak bermesej lucah.
4. SP buka ruang termudah utk anak tengok foto wanita / lelaki bogel
5. SP buka ruang termudah utk anak tonton video orang berzina / bersetubuh
6. SP mudahkan orang hantar foto lelaki / wanita bogel kpd anak
7. SP mudah anak terangsang bila tonton video orang buat kerja terkutuk itu
8. SP mudah anak baca cerpen cinta berahi yang merangsangkan nafsu anak
9. SP mudah anak tonton pelbagai cara bersetubuh dari jutaan laman lucah

10 .... cukup cukup cukup Dr.Shukri tak mau baca dah. Ini bulan puasa.

Betulkan ... kerana bulan puasalah kita kena bertindak lebih tegas dalam menghalang dan membenteras anak terlibat dalam pelbagai perkara yang dilarang Allah.

NAK BELIKAN HP KEPADA ANAK LAGI ?
NAK IKUT KEMAHUAN ANAK LAGI ?
NAK BAGI SEMUA APA YANG ANAK MINTA LAGI ?
TAK MAU DIKATAKAN KOLOT ?

Entahlah ... fikir fikirlah sendiri.

Sayang anak - kekadang berikan apa yang diminta, tetapi kekadang JANGAN.
Smartphone memang terbukti membawa anak ke arah kehinaan KECUALI DIKAWAL KETAT - KAWAL RAPAT - KAWAL DEKAT.

Statistik Dunia:
Kelompok terbesar layari laman lucah ialah di antara umur 12 - 17
Kalau di Malaysia umur Tahun 6 ke Tingkatan 5.
Apa yang berlaku di luar sama esok lusa sampailah ke Malaysia.
DAH SAMPAI PUN wahai mak ayah sekelian.

Wednesday, June 18, 2014

Cara - Cara Membina Kepercayaan Anak


Cara membina kepercayaan anak

 
Nabi Muhammad SAW memulakan strategi pembentukan masyarakat dengan langkah pertama membentuk hala tuju anak-anak, generasi paling muda dalam masyarakat Islam, di samping membina personaliti unggul sahabat.

Antara langkah yang didahulukan Baginda SAW dalam pembentukan anak adalah memfokuskan enam aspek perkembangan individu manusia secara berperingkat dan langkah demi langkah dengan tertib sekali.

Enam aspek ini adalah perkembangan emosi, akidah, ibadah, akhlak, seksualiti dan sosial secara berturutan tanpa melangkau dan melepasi manamana tahap.

Rasulullah memulakan sentuhan keramatnya dalam pembentukan generasi dengan membentuk emosi yang sejahtera dan terus hidup subur.

Baginda muncul dengan watak peramah, murah senyum dan mesra kanakkanak, penyayang dan mencintai anak, sehingga menurut beberapa riwayat, Nabi Muhammad SAW sering bergurau dan memberi salam kepada anak.

Abdullah bin Salam, salah seorang ketua pendeta Yahudi, pada zaman Nabi mengucap syahadah hanya dengan melihat penampilan Nabi SAW ketika Baginda turun dari unta sebaik tiba di Madinah semasa hijrah.

Menunjukkan betapa penampilan manusia mendatangkan kesan pada jiwa dan emosi seseorang. Sebagai ibu bapa, pembinaan emosi ini sudah tentu kukuh terbina dalam jiwa anak.

Malang sekali pada hari ini, kita lebih banyak memikirkan emosi sendiri berbanding mengambil peluang untuk membantu mengukuhkan emosi anak, kita cepat melenting, marah dan mengherdik mereka.

Kembangkan emosi anak

 
Mengembangkan emosi anak juga bermakna mampu merasai apa yang mereka rasa dan mampu menjiwai perasaan anak.

Rasulullah pernah berpesan kepada Abdullah bin Abbas yang pada saat itu masih kecil lagi dengan sabdanya, "aku mengasihimu dan sentiasalah kamu bertahajud". Jelas ucapan Nabi Muhammad menunjukkan Nabi mengasihinya dan arahan bertahajud itu adalah untuk kebaikan anak itu, iaitu pelaburan bagi anak itu yang paling berguna di akhirat nanti.

Selain kasih sayang adalah kepercayaan kepada mereka, kita memberi kepercayaan dan keyakinan bahawa mereka mampu melakukan sesuatu dan memberi mereka peluang untuk melakukan kesilapan di samping bimbingan serta pemantauan tanpa jemu sehinggalah anak ini benar-benar menguasai sesuatu kemahiran.

Rasulullah SAW pernah membimbing seorang anak yang silap melapah daging, kemudian Baginda meminta anak itu beralih tempat untuk Baginda menunjukkan cara melapah terbaik buat anak itu dengan penuh tanda hormat dan kasih.

Sebagai ibu bapa marilah kita berterusan membimbing anak kita, malah dari sudut pelaksanaan solat dan tempoh membimbing anak solat adalah tiga tahun. Dalam tempoh itu, bimbinglah mereka tatacara solat yang betul, menjadikan solat sebagai budaya dan ibu bapa perlu menerima jika anak melakukan kesilapan.

Inilah cara membina kepercayaan dalam diri anak, keyakinan dengan diri sendiri dan keyakinan juga bagi ibu bapa untuk anak membudayakan solat dalam hidupnya.

Penghargaan kepada anak juga adalah sebahagian daripada sentuhan emosi buat anak. Penghargaan adalah aspek di mana ibu bapa melahirkan rasa bangganya diri mereka dengan apa yang dilakukan oleh anak, memberitahu betapa kita bertuah mempunyai anak sepertinya.

Ucapan terima kasih, memohon maaf adalah antara cara kita menghargai anak, selain memberi hadiah, pelukan bangga, senyuman syukur dan sebagainya.

Pernah satu hari ketika Rasulullah bersama sahabatnya, datang puterinya, Fatimah yang ketika itu masih kecil, lantas Baginda berdiri memeluknya dan memberi tempat duduknya kepada anak perempuannya.

Bayangkan betapa layanan Baginda terhadap anak perempuannya itu adalah satu penghargaan yang agak asing kerana budaya Arab pada ketika itu adalah memberi layanan buruk terhadap anak perempuan.

Kejayaan hasil dorongan keluarga


Kajian di Barat mendapati bahawa majoriti atlet sukan yang berjaya, mendapat dorongan dan galakan daripada keluarga masing-masing.

Menguatkan emosi anak adalah dengan cara meredakan dan merawat rasa takut anak. Ada yang takut binatang kecil seperti lipas dan cicak atau cerita hantu dan sebagainya, maka sebagai ibu bapa yang prihatin memperkasakan emosi anak ini dengan cara lebih mengetahui apa yang ditakuti.

Pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu Baginda Hasan dan Husin takut apabila berdepan dengan seekor ular besar, maka Baginda SAW menghalau ular itu dan kemudian menenangkan Hasan dan Husin dengan cara menyapu wajah kedua-dua cucunya, dibacakan doa dan kemudian diberi kata-kata semangat serta mendukung kedua-duanya.

Ada antara kita pula mengambil peluang untuk mengejek serta memperlekehkan anak dengan perkara yang ditakutinya tanpa kita sedari kita melepaskan peluang untuk mengukuhkan emosi anak.

Demikianlah bagaimana kita boleh membantu membangunkan aspek terpenting dalam diri anak iaitu aspek emosi mereka.

Oleh Isfadiah Mohd Dasuki
* Penulis ialah Pengarah Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch International Montessori Malaysia dan boleh dihubungi di alamat e-mel isfadiah@gmail.com


www.ibubapamithali.blogspot.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More