Friday, February 6, 2015

Tips Keibubapaan Positif


Ibu bapa adalah orang yang paling dipercayai oleh anak-anak. Anda orang pertama yang mereka kenal dan contohi. Oleh itu mulakan didikan positif untuk menjadikan mereka anak yang genius dunia dan akhirat.

1. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik 

 
Nama yang baik adalah satu doa kepada mereka. Oleh itu pilihlah nama yang mempunyai makna baik dan panggillah anak-anak dengan nama sebenar mereka bukan nama gelaran yang kadang kala membawa maksud buruk kepada si anak.

2. Peluklah anak sentiasa

Kajian mendapati anak-anak yang sering dipeluk dan dicium oleh ibu bapa sejak kecil akan membesar sebagai anak-anak yang positif dan kaya dengan kasih sayang. Bahkan IQ mereka juga lebih baik berbanding dengan anak yang jarang dipeluk.

3. Jangan didik anak dengan kemewahan 

 
Walaupun anda mampu memberikan kemewahan kepada anak-anak tetapi jangan biasakan mereka membesar dengan segala macam barangan atau percutian mewah. Anak-anak mesti diajar menjadi orang yang pandai menghargai. Jika mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan, bimbang si anak akan membesar sebagai seorang yang terlalu manja.

4. Kurangkan gajet

Biarpun dunia masa kini tidak boleh lari dengan teknologi gajet tetapi janganlah mendidik anak anda keterlaluan bermain gajet. Usia kecil bukanlah masa terbaik untuk mereka meneroka teknologi gajet. Gajet hanya memberikan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada anak-anak kecil.

5. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang


Pandangan ini akan membuatkan anak lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan persekitaran. Pandangan tersebut membuatkan anak rapat dan lebih mesra dengan ibu bapa. Bagaimanapun jika mereka melakukan kesalahan, kita masih perlu marah akan perbuatan mereka itu. [pama.karangkraf.com]

1 comments:

Tips yang mudah diikuti. Terima kasih. Mohon share ye

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More