Saturday, June 13, 2015

Pesan Dr. Azizan Osman Buat Ibubapa Yang Ada Anak



Pesanan saya buat mereka yang ada anak! 

Anak kita, urusan dan tanggungjawab kita! Itulah mesej saya kepada ibu bapa pagi ini di majlis penutup Kem Khalifah Super Insan. 

Ada 5 pesanan utama saya:- 

1/ Anak-anak hari ini lebih mudah terdedah kepada sesuatu yang tidak baik 

2/ Ibu bapa tidak peruntukan masa untuk "mengenali" anak-anak kita. Kita tidak tahu siapa kawan dia, bagus tak kawan dia? Ada tak kawan yang "rahsia"? Ada tak buat perkara2 yang "rahsia"? Kena suspect dan inspect bukan untuk sangka anak kita jahat tetapi kita kena surprise dia sebelum dia surprise kita nanti naudzubillah 

3/ Sistem pendidikan di sekolah hari ini telah gagal untuk mendidik anak-anak yang soleh dan solehah serta beradab walaupun di sekolah agama, ia tidak menjamin anak-anak kita akan menjadi seorang anak yang soleh atau solehah. Banyak sekolah agama memberikan ilmu tetapi tidak akhlak dan adab. 

Saya sendiri menghantar anak-anak saya sekolah cina untuk sekolah rendah dan petang sekolah agama, result UPSR mereka Alhamdulillah bagus tetapi kemudian bila masuk sekolah menengah, Insya Allah saya mampu untuk hantar mereka sekolah swasta sistem british, jepun atau cina tetapi saya pilih hantar anak saya yang sulong dan kedua ke madrasah yang dhaif atau biasa-biasa kerana saya mahu mereka belajar ilmu Al-Quran dan kitab serta belajar adab dan akhlak, biasakan susah tidur atas lantai alas papan atau tilam nipis. Kadang-kadang dalam hati ini menangis juga melihatnya tetapi saya tabahkan kerana saya mahu mereka belajar susah agar hati mereka kuat serta hanya ada Allah swt dan Rasulullah saw serta Al-Quran mudah-mudahan. Bila mereka cinta Allah swt dan Rasulullah saw, hal dunia itu tidak susah Insya Allah. Saya mahu mereka berniaga Insya Allah satu hari nanti, Insya Allah itu saya boleh ajar, ilmu itu banyak kemudian boleh belajar. Ilmu Al-Quran No.1 dan kemudian hidupkan dalam hidup. Biar menangis hari ini jangan menangis kemudian.

4/ Mak bapa selalu ajak anak tonton tv, tengok wayang, pergi shopping, jalan-jalan. Cuba peruntukan masa ajak anak ke masjid, solat berjemaah setiap hari paling kurang Suboh, Maghrib dan Isyak. Pastikan tv adalah haram dibuka pada waktu maghrib. Ajak mengaji bersama selepas maghrib 1-2 muka surat. 

5/ Anak lelaki kena jaga ketat ibarat pagarkan dia letak seekor harimau jaga jangan bagi keluar atau masuk. Tetapi anak perempuan kena jaga letak 70 ekor harimau jaga tetapi harus diingat, Ipad, Youtube, Facebook , TV, Movie dalam rumah adalah saluran untuk merosakkan anak-anak kita. 

Jika anda tidak sayang anak anda hari ini dan akan datang. Anda tidak perlu baca dan ikut cadangan ini. 

Ini adalah ingatan dari saya untuk diri saya dan ingatan buat yang suka diingatkan. 

Solat Berjemaah
MukaSurat Al-Quran (Bukan mukabuku)
Spend time bercakap dengan mereka setiap hari. 
"Siasat" apa yang mereka buat. 
Sentiasa bawa mereka ke masjid dan majlis ilmu sejak dari kecil. 

Anak adalah aset kita dunia akhirat tetapi boleh menjadi liabiliti dunia akhirat. 


Love
Majlis Penutup Kem Khalifah Super Insan bersama Dr Azizan Osman anjuran Richworks.

Friday, March 13, 2015

Cara Didik Anak Mengikut Psikologi ISLAM



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”


www.mummyceria.blogspot.com

Friday, February 6, 2015

Tips Keibubapaan Positif


Ibu bapa adalah orang yang paling dipercayai oleh anak-anak. Anda orang pertama yang mereka kenal dan contohi. Oleh itu mulakan didikan positif untuk menjadikan mereka anak yang genius dunia dan akhirat.

1. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik 

 
Nama yang baik adalah satu doa kepada mereka. Oleh itu pilihlah nama yang mempunyai makna baik dan panggillah anak-anak dengan nama sebenar mereka bukan nama gelaran yang kadang kala membawa maksud buruk kepada si anak.

2. Peluklah anak sentiasa

Kajian mendapati anak-anak yang sering dipeluk dan dicium oleh ibu bapa sejak kecil akan membesar sebagai anak-anak yang positif dan kaya dengan kasih sayang. Bahkan IQ mereka juga lebih baik berbanding dengan anak yang jarang dipeluk.

3. Jangan didik anak dengan kemewahan 

 
Walaupun anda mampu memberikan kemewahan kepada anak-anak tetapi jangan biasakan mereka membesar dengan segala macam barangan atau percutian mewah. Anak-anak mesti diajar menjadi orang yang pandai menghargai. Jika mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan, bimbang si anak akan membesar sebagai seorang yang terlalu manja.

4. Kurangkan gajet

Biarpun dunia masa kini tidak boleh lari dengan teknologi gajet tetapi janganlah mendidik anak anda keterlaluan bermain gajet. Usia kecil bukanlah masa terbaik untuk mereka meneroka teknologi gajet. Gajet hanya memberikan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada anak-anak kecil.

5. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang


Pandangan ini akan membuatkan anak lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan persekitaran. Pandangan tersebut membuatkan anak rapat dan lebih mesra dengan ibu bapa. Bagaimanapun jika mereka melakukan kesalahan, kita masih perlu marah akan perbuatan mereka itu. [pama.karangkraf.com]

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More